Cara Mudah Cari Terjemahan Ayat Quran Secara Online


.

Cara Mudah Cari Terjemahan Ayat Quran

Tentu kita pernah terjumpa surah dan ayat yang menarik perhatian dan ingin mencari terjemahannya. Ikuti panduan menggunakan laman surah.my untuk mencari terjemahan bagi ayat berkaitan. Anda juga boleh memilih terjemahan bahasa Melayu atau Inggeris serta mendengar bacaan dari Qari pilihan.

1. Pergi ke laman surah.my

http://surah.my

2. Cari kotak carian, masukkan nama surah dan no ayat.


3. Anda juga boleh memasukkan kata carian, contohnya, Hukum Puasa.


4. Anda akan melihat paparan ayat quran yang mengandungi kata carian tadi.


5. Jalan pintas: jika anda mahu mencari ayat khusus bagi sesuatu surah, contohnya surah al-fatihah (no.1) ayat ke lima (no.5), anda boleh terus taip url seperti berikut:
http://surah.my/1/5


.

Post a Comment

0 Comments