Panduan Asas Menggunakan Laman Sosial Twitter


Panduan Asas Menggunakan Laman Sosial Twitter


Twitter sebagaimana kita ketahui, adalah salah satu dari laman sosial yang banyak digunakan oleh manusia masa kini. Melalui Twitter, banyak perkara yang dapat dilakukan seperti mendapatkan berita terkini, dan info semasa dengan lebih pantas dan singkat.

Mari kenali serba-sedikit tentang Twitter.



1. Akaun Twitter

Untuk anda mulakan melayari Twitter, anda wajib mempunyai akaun anda tersendiri dahulu. Akaun ini akan digunakan sebagai avatar anda di dunia Twitter. Akaun ini juga akan membantu anda untuk mengikuti akaun akaun tertentu di twitter, bergantung kepada citarasa dan pilihan anda sendiri.

2. Siapa yang perlu anda ikuti?

Selepas mempunyai akaun, anda akan dicadangkan beberapa akaun tertentu yang boleh anda ikuti, dicadangkan oleh algorithm dari aplikasi twitter sendiri. Meskipun begitu, anda masih boleh memilih untuk mengikuti cadangan tersebut, atau pun tidak.

Pengikutan akaun akaun tertentu akan memerlukan anda untuk menekan butang 'Follow' yang tersedia pada profile profile akaun yang ingin anda ikuti. Selepas menekan follow, akaun anda akan ditetapkan untuk menerima 'suapan ciapan' atau 'tweets feed' dari akaun akaun yang anda ikuti.

Untuk keberkesanan dalam melayari twitter untuk mendapatkan berita, kami mencadangkan agar anda mengikuti beberapa akaun akaun rasmi portal berita seperti:
● @beritaharian
● @bernama
● @harianmetro
● @thedailysun


https://www.theedublogger.com/


3. Tweet Feeds Timeline (Jalurmasa suapan ciapan)

Lazimnya, selepas beberapa detik anda mengikuti akaun-akaun tertentu, ciapan dari akaun-akaun tersebut akan muncul di timeline anda. Kekerapan ciapan dikeluarkan adalah bergantung kepada pemilik pemilik akaun yang anda ikuti tadi.

4. Reply, Retweet, Like

Tiga fungsi utama selain 'follow' di twitter adalah reply, retweet dan like.

●Reply

Reply atau balas, adalah satu fungsi yang membolehkan anda membalas ciapan-ciapan dari akaun-akaun tertentu, secara terus. Sepertimana ruangan 'comment' di Facebook, reply dari akaun anda akan dipaparkan kepada akaun yang anda balas, turut dapat dilihat oleh akaun akaun lain yang mengikuti akaun sama.

●Retweet

Retweet atau ulangciap, adalah satu fungsi seperti 'share' di Facebook, dimana anda boleh berkongsi tweet tersebut kepada pengikut pengikut anda sendiri. Setiap ciapan yang anda pilih untuk retweet, akan dipaparkan pada tweets feed akaun akaun yang mengikuti anda.

●Like

Like pada laman twitter, turut berfungsi sama dengan Facebook, namun begitu, ia memiliki satu lagi kelebihan berbanding like di facebook. Melalui likes, anda akan dapat mengguna fungsi seperti bookmark, dimana sekiranya anda like satu tweet, tweet tersebut akan muncul di kolum likes pada profile anda. dari semasa ke semasa, tweet tersebut akan kekal di kolum itu, membolehkan anda mengakses kembali tweet tersebut pada waktu lain tanpa perlu scroll tweet feeds.

co-author: Saiful