Panduan Cipta Grafik Menarik Dan Profesional


.

Pengenalan Canva

Canva adalah sejenis aplikasi untuk anda mereka cipta grafik bertujuan untuk membuat dokumen anda kelihatan lebih menarik dan profesional. Bermula dengan catatan di media sosial sehingga ke perbentangan, anda boleh melayari lebih daripada 65,000 template dan menyunting mengikut cita rasa anda sendiri.

Anda juga boleh menyimpan, menyusun dan mengedit hasil kerja anda dengan mudah. Selain itu, Canva juga menawarkan kemudahan untuk anda bekerja secara berkumpulan. Anda boleh memilih template anda dan bahagikan dengan pasukan anda untuk di ‘edit’.

Kebiasaannya, pengguna Canva adalah perniagaan kecil yang ingin menonjol kan perniagaan mereka dengan membuat iklan yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Syarikat besar yang memerlukan pasukannya lebih fleksibel dan reaktif sambil memastikan keselarian di semua dokumen. Guru yang mencari cara untuk melibatkan pelajar mereka dalam dunia kreatif tanpa membuang masa untuk mempelajari teknologi baru atau teori yang kompleks. Badan sukarelawan  dan badan amal yang ingin memperkasa kan pasukan mereka untuk membuat grafik dan bahan pemasaran berimpak tinggi. Individu yang ingin mengembang kan kemahiran reka bentuknya dan menggunakannya di tempat kerja.

Konklusinya, sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet boleh menggunakan Canva.

A. Panduan penyediaan akaun di Canva



1. Terdapat tiga cara untuk anda membuat akaun, bergantung kepada jenis aplikasi yang ingin anda akses. Anda boleh memilih antara aplikasi desktop atau mudah alih pada produk Apple atau Android.

2. Untuk aplikasi mudah alih, anda harus memuat turun aplikasi dari App Store atau Google Play terlebih dahulu. Selepas memuat turun aplikasi, skrin pendaftaran mestilah perkara pertama yang anda lihat.



3. Memiliki akaun peribadi anda di Canva membolehkan anda untuk membeli elemen premium seperti gambar dan ilustrasi. Setelah siap dengan reka bentuk, anda boleh berkongsi dan memuat turunnya mengikut keperluan tanpa sebarang ‘watermark’.

4. Untuk mendaftar pada aplikasi desktop, anda boleh terus mengakses halaman pendaftaran dengan mudah dengan mengakses laman utama Canva.
4.1. Pergi ke www.canva.com.
4.2. Masukkan nama penuh anda.
4.3. Pilih sama ada anda ingin mendaftar dengan menggunakan Facebook, Google atau emel anda.
4.4. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan emel anda, cukup isi borang dengan maklumat yang diperlukan.
4.5. Klik Daftar.
4.6. Catatan: Anda akan segera dihantar emel untuk mengesahkan akaun anda. Pastikan untuk membuka emel ini dan klik pada butang Sahkan Akaun Saya daripadanya. Anda akan diarahkan ke akaun anda selepas ini.





B. Pengenalan menggunakan Canva



1. Anda akan melihat beberapa menu utama di halaman utama Canva sebelum memulakan projek atau tugasan.



2. Tekan ‘Create a design’ untuk memulakan projek. Anda boleh memilih untuk menekan salah satu pautan seperti di gambar rajah.



3. Tip sebelum memulakan projek bagi pengguna yang tidak membuat langganan secara Premium. Anda di kehendaki untuk merancang saiz projek anda terlebih dahulu kerana anda tidak di benarkan untuk menukar saiz projek setelah memulakan projek.

4. Setelah anda pasti dengan saiz projek anda. Tekan pautan ‘Custom Dimension’ yang berada di sebelah kanan halaman utama jika anda ingin meletakkan saiz projek anda secara manual.

5. Tekan pautan ‘Create a design’ jika anda ingin memilih saiz mengikut kategori yang telah di sediakan oleh Canva.

6. Pautan ‘Your Designs’ adalah pautan untuk Canva menyimpan kesemua projek yang telah anda hasilkan.

7. Pautan ‘Trending Templates’ pula merupakan pautan template yang sering di gunakan oleh pengguna di seluruh negara.



co-author: Anis
.