Panduan Membatalkan Off-Facebook Activity


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Facebook memiliki fungsi yang dipanggil off-facebook-activity yang boleh mengekori seseorang pengguna Facebook walaupun di ketika dia tidak menggunakan aplikasi itu.


1. Menurut Facebook (https://www.facebook.com/off-facebook-activity), mereka menyimpan rekod jejak online anda untuk tujuan pembaikan mutu perkhidmatan.

2. Walaubagaimanapun, jejak online anda adalah data kepunyaan anda. Anda berhak menghadkan maklumat ini dari diketahui orang lain.

3. Panduan ini menggunakan Aplikasi Facebook versi Android.

4. Pergi ke Paparan Profile anda.

5. Skrol ke bawah hingga ana nampak bahagian Settings. Klik Settings.



6. Pada paparan Settings, skrol ke bawah  hingga anda nampak Off-Facebook Activity. Klik Off-Facebook Activity.



7. Pada paparan Off-Facebook Activity, anda boleh melakukan perkara berikut:
7.1. Manage Your Off-Facebook Activity. Anda boleh lihat jejak anda yang telah direkodkan.
7.2. Clear History. Anda boleh padamkan rekod jejak yang lalu.
7.3. More Options. Pilih untuk tetapan masa hadapan.



Paparan: Manage Your Off-Facebook Activity.
Paparan: Manage Future Activity.




Paparan Off-Facebook Activity dan butang Turn Off