Panduan Menukar Imej Teks Kepada Teks (Kaedah OCR)



Ada ketikanya kita menerima atau terjumpa dokumen imej yang memaparkan teks. Teks seperti ini boleh dibaca oleh manusia tetapi tidak boleh diproses oleh komputer. Apakah ada cara untuk menukarkan imej kepada teks yang boleh diproses?

Kita boleh gunakan kaedah Optical Character Recognition (OCR).


1. Buka dokumen yang mengandungi imej teks.



2. Jika perlu, jalankan alat tangkap layar untuk menyimpan tangkap layar bagi bahagian imej teks yang mahu diproses.

3. Guna alat OCR untuk tukar imej kepada teks. Ada beberapa laman yang menawarkan alat OCR.

4. Untuk demonstrasi ini, kami menggunakan alat dari newocr.com



5. Muatnaik imej tangkap layar tadi.



6. Tekan butang OCR untuk tukar imej kepada teks dan tunggu proses penukar selesai.

7. Selain newocr.com anda juga boleh gunakan https://smallseotools.com/image-to-text-converter/