Panduan Teknik Web Scraping Menggunakan Google Chrome Extension




Google Chrome Extension

1. Google Chrome Extension adalah sejenis aplikasi kecil yang boleh dipasang pada aplikasi Chrome Web Browser. Kebiasaannya aplikasi ini akan berinteraksi dengan komponen di dalam Chrome Web Browser atau laman web yang sedang dipaparkan oleh Chrome Web Browser.


Fungsi Web Scraper

2. Salah satu tugas berkaitan laman web adalah Web Scraping. Web Scraping membantu pengguna mengikis maklumat dari sesebuah laman web dan menyusun dan menyimpan maklumat tersebut di tempat lain.

Chrome Web Scraping Extension

3. Terdapat beberapa extension yang menarik untuk dicuba.


Scraper adalah aplikasi yang paling ringkas.

Pilih kumpulan teks yang anda mahu salin, right-click dan pilih "Scrape similar..."



3.2. Data Scraper



Konsep Data Scraper hampir sama dengan Scraper ie pilih teks, right-click dan pilih "Get Similar".

Aplikasi Data Scraper boleh dihubungkan dengan aplikasi sokongan Data Miner.


3.3. Web Scraper



Web Scraper agak advanced berbanding Scraper dan Data Scraper. Ia menyediakan video langkah-demi-langkah untuk anda ikuti serta laman pengujian untuk anda cuba lakukan Web Scraping.

Ciri tambahan yang ada pada Web Scraper adalah perkhidmatan berbayar Web Scraping secara jarak jauh. Ia boleh menjimatkan masa anda sekiranya anda mempunyai tugas yang besar dan rumit.


3.4. Instant Data Scraper



Konsep Instant Data Scraper adalah berbeza dari sebelumnya. Ia akan mengesan sendiri bahagian laman yang mengandungi data yang boleh dikikis. Ia sesuai jika anda mahu hasil yang segera, namun adakalanya terdapat laman yang tidak teratur struktur dan boleh menyukarkan Instant Data Scraper berfungsi dengan berkesan.

4. Terdapat beberapa lagi aplikasi Web Scraping Extension yang anda boleh cari dan cuba. Namun sebagai permulaan, memadai dengan mencuba keempat-empat di atas.



Post a Comment

0 Comments