Aplikasi Mobile Paling Aktif Sepanjang Musim PKP Covid19 2020


Agensi penyedia alat pemasaran Online Hootsuite baru-baru ini telah menyediakan senarai 10 aplikasi paling aktif ketika dunia sedang dilanda wabak Covid19.

Sebahagian besar dari aplikasi ini telah menjadi alat komunikasi penting ketika masyarakat dunia menjalani perintah berukurung di negara masing-masing.

Senarai tersebut seperti berikut.

~~~~~

1. Facebook
2. WhatsApp
3. Facebook Messenger
4. WeChat
5. Instagram
6. Tiktok
7. AliPay
8. Kuaishou
9. Pinduoduo
10. Taobao

Oleh kerana senarai ini dibuat di peringkat dunia, ia mungkin tidak sepenuhnya menggambarkan situasi di Malaysia. Namun secara umumnya dapat diperhatikan rakyat Malaysia rata-ratanya banyak berkongsi maklumat melalui WhatsApp dan Facebook.

Kira-kira setahun yang lalu Hootsuite telah membuat senarai peringkat Malaysia seperti berikut:
1. Youtube
2. WhatsApp
3. Facebook
4. Instagram
5. Fb Messenger
6. WeChat
7. Twitter
8. LinkedIn
9. Skype
10. Pinterest

Walaupun Youtube berada di tempat teratas, ia sebenarnya bukan untuk perbualan dua hala; fungsinya lebih kepada tontonan media. Maka yang dominan masih lagi Facebook dan WhatsApp diikuti Instagram, WeChat dan Twitter.

Jika anda seorang ejen pemasaran, perlukah anda bermain di atas semua plaform?

Jawapannya tidak perlu. Yang penting, anda perlu kenalpasti platform yang paling banyak dikunjungi oleh prospek sasaran. Berikan tumpuan utama di situ. Jika anda mampu bermain di lebih daripada satu platform, tarik prospek ke platform utama tadi. Ia akan menjadi lebih cost-effective.






Post a Comment

0 Comments