Bagaimana Tangani Respon Negatif Dalam Whats App Group


.
Apabila kita mengendalikan Whats App Group, kita sebenarnya sedang mengendalikan manusia.

Manusia boleh memberi pelbagai respon kepada mesej yang mereka terima di dalam Whats App Group (WAG).

Sebagai Pentadbir WAG, seseorang itu harus bijak menguruskan hal ini.

~~~~~
Pentadbir WAG perlu tenang dan bersederhana.

Tenang maksudnya jangan terlalu terkesan dengan sentimen di dalam mesej balasan anggota. Jangan terlalu gembira dan jangan terlalu marah. Bersederhana dalam memberikan respon balas.

Berlapang dada maksudnya menerima mesej respon dengan rasional. Ada pihak akan menyokong kandungan mesej kita. Ada pula yang akan membantah. Raikan pandangan semua pihak.

Kenapa anggota WAG bertindak keluar dari grup (left group)?

Ada banyak sebab mengapa mereka bertindak keluar.

1) Dia tersilap, tertekan butang Leave Group. Biasanya jika seseorang itu ikhlas, dia akan memohon menyertai semula.

2) Emosinya terganggu. Dia perlu menjauhkan diri dari melihat mesej yang boleh memburukkan lagi keadaan. Berikan dia masa bertenang. Mungkin dia akan memohon masuk semula di kemudian hari.

3) Dia tidak berminat dengan perbualan di dalam WAG. Raikan pilihannya. Dia berhak memilih perbualan yang disukainya.

4) Dia tersilap masuk WAG. Dia mungkin klik masuk kerana mahu mengambil faedah dari WAG tetapi kemudiannya mendapati dia berada dalam WAG yang tidak diperlukannya.


Apakah yang perlu dibuat jika ramai anggota bertindak keluar dari grup?

Jika seorang dua keluar dari WAG, ia mungkin kerana sebab yang dinyatakan di atas.

Tetapi jika 10 orang atau lebih bertindak keluar serentak atau berturut-turut, ini adalah petanda yang tidak baik.

Ada beberapa sebab mengapa ramai keluar.

1) Kempen menarik orang menyertai grup telah tersalah sasar. Maksudnya, anda telah menghantar mesej kempen kepada kumpulan sasaran yang salah. Hasilnya mereka akan keluar kerana tidak berminat.

2) Tujuan tersasar. Perbualan di dalam WAG seperti tidak mengikut tema atau tujuan. Pentadbir hendaklah mengawal perbualan supaya sealiran dengan tujuan.

3) Perangai anggota WAG yang menjengkelkan. Jika perlu, Pentadbir harus mengeluarkan anggota yang berperangai menjengkelkan. Setiap orang yang menyertai kumpulan maya perlu sedar ada asas etika yang dipanggil Netiquette. (https://techterms.com/definition/netiquette)

4) Isu Spam. Penghantaran mesej yang terlalu banyak boleh membuatkan anggota terganggu. Pentadbir harus menetapkan kekerapan menghantar mesej dalam kadar yang sesuai dengan keselesaan anggota WAG.







.

Post a Comment

0 Comments