Ini Mungkin Punca Akaun Facebook Anda Digodam

 
.
Salah satu ancaman kepada pengguna laman Media Sosial ialah serangan penceroboh.

Ancaman ni wujud dalam pelbagai bentuk.

Salah satu bentuknya adalah social engineering.

~~~~~
Social engineering bermaksud teknik memperdaya manusia untuk memberikan maklumat login dan password.

Imej yang disertakan adalah contoh scam message (mesej penipuan) yang dihantar kepada seorang pengguna laman Facebook.

Mesej ini memberitahu bahawa akaunnya menghadapi masalah.

Sebagai penyelesaian, mangsa diminta mengesahkan pembaikan akaun menggunakan pautan yang di sertakan.

Penggunaan pautan ini digelar phishing, iaitu teknik mengumpan mangsa untuk klik umpan yang akan membawa mangsa ke laman penggodam.

Mangsa yang mudah panik akan segera klik pautan yang diberikan kerana bimbang akaunnya disekat.

Sekiranya Facebook mengesyaki seseorang yang lain cuba log masuk menggunakan maklumat anda, Facebook akan mengunci akaun anda

Sebaiknya, apabila kita menerima mesej terutamanya yang datang secara mengejut atau dari pihak tidak dikenali, baca mesej tersebut berulang kali supaya kita benar-benar faham kandungannya.

Sepintas lalu, mesej ini kelihatan datang dari Facebook.

Tetapi jika anda amati betul-betul, perkataan yang tertulis di dalam mesej ini adalah Fecebook.

Adakah ini disengajakan?

Mungkin ya. Kerana jika anda perhatikan, kesilapan ejaan berlaku di beberapa tempat.

Ditambah lagi dengan pautan ke nama domain yang pelik iaitu telegra.ph.

Hal ini sepatutnya menjadi petunjuk amaran kepada kita

Kesimpulannya,

1) Bila terima mesej yang mengejutkan, baca beberapa kali.

2) Perhatikan ejaan perkataan dalam mesej. Adakah ejaan itu meragukan?

3) Perhatikan nama domain dalam pautan yang disediakan. Adakah nama domain itu meragukan?



















.

Post a Comment

0 Comments