Kegunaan Aplikasi WhatsApp dan WhatsApp Business



Aplikasi WhatsApp adalah sejenis aplikasi sembang yang sangat popular di Dunia dan di Malaysia.

Kini telah wujud versi ciri tambahan yang dipanggil WhatsApp Business.

Apakah ciri-ciri tambahan yang ada pada WhatsApp Business?

~~~~~




WhatsApp Business mempunyai butiran tambahan di dalam Menu Aplikasinya.

Selalunya ciri tambahan tersebut digunakan oleh mereka yang menjalankan bisnes. Namun manfaatnya tidak terhad kepada bisnes sahaja.

Sesiapa sahaja yang mempunyai kenalan dan kumpulan yang ramai, mengendalikan pelbagai perkhidmatan komuniti atau rangkaian pemasaran boleh menggunakan ciri-ciri tambahan yang ada pada WhatsApp Business (WAB)

1) Labels

WAB membolehkan kita melabelkan Sembang atau Kumpulan dengan nama tertentu bagi memudahkan kita membuat rujukan atau pengkelasan. Jika anda mempunyai banyak Sembang atau Kumpulan, Label akan mempercepatkan pencarian anda.


2) Menu Settings mempunyai butiran yang dipanggil Business Tools.
Ia mempunyai beberapa fungsi yang sangat berguna.


3) Business Tools mengandungi fungsi berikut:

3.1) Business Profile - digunakan untuk menyimpan maklumat kegiatan anda



3.2) Catalog - digunakan untuk menyimpan maklumat perkhidmatan atau produk anda


3.3) Away Message - mesej yang boleh dihantar kepada penerima apabila anda tak dapat dihubungi


3.4) Greeting Message - mesej untuk meraikan mereka yang baru berhubung dengan anda


3.5) Quick Replies - templat untuk menjawab mesej dengan pantas


3.6) Short Link  - pautan pendek yang anda boleh kongsikan dengan prospek





Peringatan:
WhatsApp dan WhatsApp Business tidak boleh dijalankan serentak menggunakan nombor fon yang sama. Anda perlu mempunyai 2 nombor berbeza. Bagi fon yang mempunyai 2 SIM CARD slot, hal ini tidak sukar. Baca seterusnya tentang 2 SIM CARD slot di: https://tinyurl.com/yba423w2
.

Post a Comment

0 Comments