Kenapa Telefon Ada Dua Slot Sim Kad?


Telefon Mudah-alih mempunyai sejenis kad elektronik yang dipanggil SIM CARD iaitu singkatan kepada subscriber identification module (SIM) yang akan menyimpan nombor panggilan bagi telefon anda dan maklumat lain yang berkaitan.

Sesetengah telefon mempunyai 2 slot SIM CARD.

Kenapa perlu ada 2 slot?

~~~~~

2 slot bermakna 2 SIM CARD boleh dipasang serentak pada telefon tersebut.

Namun demikian hanya satu SIM CARD sahaja yang boleh diaktifkan pada sesuatu masa.

Oleh itu pengguna harus menetapkan dahulu kad yang mana satu ingin diaktifkan sebelum membuat panggilan atau mengantar SMS.


Apakah kegunaan 2 slot SIM CARD?


Kebiasaannya, 2 slot SIM CARD digunakan oleh mereka yang menjalankan bisnes.

Terdapat beberapa kelebihan seperti berikut:

1) Mengasingkan urusan peribadi dan urusan bisnes supaya kedua-duanya tidak bercampur-aduk.

2) Mengambil manfaat pakej rangkaian mudah alih. Sesetengah pakej menawarkan kos panggilan percuma bagi nombor yang melanggan rangkaian mudah-alih yang sama. Sesetengah pakej pula menawarkan kadar panggilan dan kadar SMS yang istimewa.

3) Apabila seseorang itu keluar dari negaranya dan masuk ke negara lain, dia mungkin perlu menggunakan SIM CARD tempatan di negara tersebut. Pada masa yang sama, dia perlu menyimpan SIM CARD asal kerana mahu mengekalkan sambungan ke rangkaian mudah-alih di negara asalnya.

Jika anda seorang ejen pemasaran, anda seharusnya menggunakan kemudahan 2 SIM CARD ini untuk mengambil manfaat di atas.

Antara isu yang mungkin timbul adalah kos langganan.

Melanggan 2 SIM CARD bermakna membayar 2 perkhidmatan. Adakah perlu membayar lebih?

Hal ini terletak pada kebijaksanaan masing-masing.

Salah satu jalannya ialah dengan melanggan pakej yang lebih murah dan terhad bagi SIM CARD kedua. Maka, kosnya akan menjadi lebih rendah.



Di Malaysia contohnya, ada pengendali perkhidmatan rangkaian mudah-alih yang menawarkan pakej yang dipanggil Season Pass.

Pakej ini apabila diaktifkan akan membolehkan sesuatu nombor sah digunakan selama 28 bulan tanpa perlu bayaran bulanan atau top-up. Ia mungkin pilihan yang sesuai bagi SIM CARD kedua.

Anda boleh membuat carian Google untuk menyelidik lebih lajut tentang pakej ini.
.

Post a Comment

0 Comments