Maksud Pain Points (Titik Sakit)


.
Pain Points (Melayu: Titik Sakit) adalah masalah khusus yang dialami oleh seseorang individu dalam kehidupan sehariannya atau ketika menjalankan sesuatu aktiviti.

Dalam dunia pemasaran, Titik Sakit sebenarnya membuka peluang bagi ejen pemasaran untuk mencari penyelesaian dan menawarkannya kepada mereka yang memerlukan.

Bagaimanakah caranya untuk mengetahui Titik Sakit pelanggan?

~~~~~


Titik Sakit berbeza dari seorang individu ke seorang yang lain. Namun secara umumnya, mereka mungkin boleh dikelaskan ke dalam kelompok yang sama. Contohnya, setiap pelajar mempunyai masalah pembelajaran yang berbeza. Tetapi masalah pembelajaran ini boleh dikelaskan seperti masalah membaca, menulis, mengira, mengingat dan sebagainya.

Kadang-kadang pihak yang mempunyai Titik Sakit tidak menyedari pun kesakitan dan keperitan yang dialaminya. Contohnya, seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk membaca mungkin tidak sedar pun bahawa masalah itu berpunca dari matanya yang rabun.

Seorang ejen pemasaran perlu bijak mengesan tanda-tanda Titik Sakit.

Secara umumnya Titik Sakit terdiri dari empat bentuk:

1) Kewangan

seseorang telah menghabiskan banyak wang untuk sesuatu perkara dan kini mencari jalan menjimatkan perbelanjaannya.

2) Produktiviti 

seseorang telah menghabiskan banyak masa untuk sesuatu perkara dan kini mencari jalan meningkatkan mutu kerjanya dalam masa yang singkat.

3) Proses 

seseorang telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan urusan kerjanya tetapi hasilnya tidak seberapa dan kini mencari jalan memperbaiki jalan kerjanya.

4) Sokongan 

seseorang yang telah cuba mencari bantuan menyelesaikan masalahnya yang masih belum berkesudahan dan kini mencari pihak yang benar-benar memiliki penyelesaian sebenar.

Kaedah kenalpasti Titik Sakit


Terdapat beberapa kaedah mengenal pasti Titik Sakit, antaranya:
1) Bertanya pendapat dari kumpulan sasaran.
2) Mengajak kumpulan sasaran membuat rating terhadap masalah mereka.
3) Mendapatkan pandangan dari kumpulan pakar.
4) Mengadakan sesi sumbang saran.
5) Membuat tinjauan dan mengumpulkan respon dari kumpulan sasaran.




Baca selanjutnya:
https://www.commbox.io/the-complete-guide-to-customer-pain-points/

Post a Comment

0 Comments