Tips Memulakan Pemasaran Berkesan Melalui WhatsApp


.
Perkara utama yang kritikal bagi Ejen Pemasaran ialah memulakan jalinan perhubungan dengan prospek dan mengekalkannya.

Katakan anda bermula dari kosong. Anda baru menjadi Ejen Pemasaran. Anda juga tidak kenal sesiapapun. Bagaimana mahu memulakannya?

Ikuti 10 tips berikut:

~~~~~

1) Tentukan niche anda.

Niche maksudnya bidang yang anda ceburi. Ia boleh jadi produk, perkhidmatan, pengetahuan, minat dan sebagainya.

2) Kumpul kontak individu.

Jika anda bermula dari kosong, anda terpaksa melakukan secara manual. Cari prospek dalam niche anda, berkenalan dengannya, ambil kontaknya dan mulakan bualan WhatsApp.

3) Kumpul kontak berkumpulan.

Sertai kumpulan sosial seperti kumpulan kejiranan, persatuan, kelab atau pengajian. Masuk ke dalam kumpulan bual WhatsApp mereka atau tawarkan diri untuk membuat kumpulan bual WhatsApp bagi mereka.

4) Wujudkan kumpulan bual sendiri.

Anda tidak boleh bergantung kepada bualan perseorangan atau kumpulan sedia ada. Anda harus mewujudkan kumpulan bual sendiri yang berfokus supaya anda boleh jalankan usaha pemasaran dengan lebih terancang. Anda juga perlu menjadi pentadbir bagi kumpulan bual supaya anda boleh mengawal perbualan dengan lebih berkesan.

5) Sediakan maklumat kempen.

Untuk berkempen menarik prospek menyertai kumpulan, anda perlu sediakan maklumat berikut:
5.1. Nama - Nama melambangkan niat di sebalik kumpulan. Cth: Geng Bisnes Shopee.
5.2. Tujuan - Tujuan kumpulan perlu jelas. Cth: Berkongsi maklumat bisnes Shopee.
5.3. Penawaran - Apa yang ditawarkan oleh kumpulan secara khusus. Tawaran ini adalah nilai tambah yang menjadi sebab pengukuh bagi seseorang untuk menyertai kumpulan. Cth: Tips dan Tricks menjadi Seller Terlaris.
5.4. Gambar kumpulan - gambar kumpulan yang akan tertera dalam senarai bual WhatsApp.
5.5. Isikan maklumat 5.1.-5.4. ke dalam bahagian WhatsApp Group Info.
5.6. Mesej kempen - Mesej jemputan adalah rangkuman dari 5.1-5.3. Ia perlu ringkas tapi padat dengan keywords penting.


6) Sebarkan mesej kempen.

6.1.Masuk ke bahagian Group Info, dapatkan pautan penyertaan kumpulan anda.
Cthnya: https://chat.whatsapp.com/abcdefghijklmnopqrstuvwxyz

6.2. Tambahkan pautan ke dalam mesej kempen.
Cthnya:

Jom sertai kumpulan
Perkongsian Tips & Tricks Online Seller
.
https://chat.whatsapp.com/abcdefghijklmnopqrstuvwxyz


Sebarkan kepada kontak individu atau berkumpulan pada langkah 2 dan 3 tadi.

7) Pantau penyertaan anggota kumpulan.

Apabila kumpulan mula disertai oleh prospek, mereka akan mula berbual dengan pelbagai cara.
Hantar mesej pengenalan kumpulan supaya anggota lebih jelas tentang tujuan grup. Jika perlu, pada peringkat permulaan hadkan kepada Admin sahaja yang boleh menghantar mesej.

8) Hantar mesej dari semasa ke semasa

Jangan biarkan kumpulan sunyi terlalu lama. Setiap hari atau selang beberapa hari hantar mesej untuk menghidupkan kumpulan.

9) Masukkan rakan bual atau Admin tambahan.

Kumpulan bual hidup dengan interaksi. Supaya kelihatan lebih natural, masukkan rakan bual atau Admin yang anda kenali supaya mereka boleh membantu menghidupkan kumpulan.

10) Hantar mesej Conversion

Mesej conversion bermaksud mesej yang memerlukan respon dari anggota. Contohnya membalas soalan, menghantar permohonan, mengunjungi laman web dan sebagainya. Mesej Conversion secara tidak langsung boleh membantu anda menilai sikap atau perangai anggota kumpulan tersebut.

Nantikan catatan selanjutnya berkenaan Mesej Conversion


.

Post a Comment

0 Comments