Syarikat jualan langsung tanpa lesen didenda RM9 juta


.
KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat yang mempromosikan skim piramid dan melakukan pengubahan wang haram dijatuhkan hukuman denda RM9 juta oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Kuala Lumpur di sini hari ini atas tiga pertuduhan iaitu menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen, mempromosikan skim piramid dan pengubahan wang haram.


Hakim Datin Sabariah Othman menjatuhkan hukuman itu ke atas Mon Space (M) Sdn Bhd dan Monspacemall Sdn Bhd, yang diwakili OCH, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah ke atas semua pertuduhan tersebut.

Bagi pertuduhan pertama iaitu kesalahan dibawah seksyen 4 (2) menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa memegang lesen jualan langsung yang sah dikeluarkan oleh Pengawal Jualan Langsung di bawah seksyen 6 AJLSAP 1993, Mahkamah telah memerintahkan OKS yang mewakili Monspacemall Sdn Bhd membayar denda sebanyak RM300,000.

Pertuduhan kedua, iaitu kesalahan di bawah seksyen 27B AJLSAP 1993, menyebabkan supaya dipromosikan skim piramid iaitu Skim Monspace, OKS yang mewakili syarikat Mon Space (M) Sdn Bhd didenda RM1,700,000.

Pertuduhan ketiga pula, OKS yang mewakili syarikat Mon Space (M) Sdn Bhd didenda RM7,000,000 dan wang tunai di dalam 17 akaun yang disita berjumlah RM998,196 dilucuthakan dan dijadikan hasil kepada Kerajaan Malaysia.

Bagi pertuduhan pertama, syarikat itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Monspacemall Sdn Bhd di No 22A, Jalan Jalil 1, Bumi Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Mei 2018 manakala bagi pertuduhan kedua pula syarikat didakwa melakukan perbuatan tersebut di Mon Space (M) Sdn Bhd, No 2, Jalan Jalil 1, Bumi Bukit Jalil, Kuala Lumpur di antara tarikh 14 Jun 2017 hingga 17 Julai 2017.

Bagi kesalahan ketiga di bawah pengubahan wang haram, syarikat telah didakwa menggunakan akaun semasa syarikat di Malayan Banking Berhad, sebagai peralatan kesalahan pengubahan wang haram yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, dan boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dibaca bersama subseksyen 87(1)(a) Akta yang sama.
.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/99274/BERITA/Mahkamah/Syarikat-jualan-langsung-tanpa-lesen-didenda-RM9-juta

.

Post a Comment

0 Comments