Strategi Pemasaran Facebook Terkini Menjelang 2018


Strategi Pemasaran Facebook Terkini Menjelang 2018
Latest Facebook Marketing Strategy Towards 2018

Terdapat beberapa alat pemasaran baru melalui Facebook yang elok dicuba menjelang tahun 2018.

Lead Ads


Lead Ads membolehkan anda membawa pengunjung yang melewati iklan anda terus ke form. Dalam kata lain, apabila pengunjung mengklik iklan anda, Facebook akan memaparkan form yang automatik diisi dengan maklumat pengunjung tersebut berdasarkan data yang terdapat di dalam akaun Facebook beliau seperti nama dan alamat email. Hal ini akan menjadikan proses mengisi form lebih pantas.

Lihat: https://www.facebook.com/business/news/lead-ads-launch


Facebook Messenger


Berdasarkan maklumat setakat September 2017, Facebook Messenger sudah digunakan oleh 1.3 juta pengguna aktif. Laman Facebook juga sudah dihubungkan dengan pautan Messenger yang membolehkan pengguna laman tersebut melompat terus ke aplikasi Messenger apabila diperlukan.

Lihat: https://www.facebook.com/business/products/messenger-for-business

Facebook Live Video


Kandungan video merupakan trend kesukaan pengguna Facebook masakini. Oleh kerana ia adalah fungsi yang terbaru, Facebook kebiasaanya akan memberi keutamaan kepada kandungan Video Live untuk disebarkan melalui news feed. Maka kebarangkalian mendapat perhatian pengguna Facebook kandungan jenis ini lebih tinggi berbanding kandungan jenis lain.

Lihat: https://www.facebook.com/help/799185466881268/?helpref=hc_fnav


Facebook Watch


Facebook Watch adalah seakan-akan gabungan YouTube dan NetFlix. Sudah tentunya ia akan menjadi sebahagian strategi konten Facebook yang penting pada tahun 2018

Lihat: https://blog.storytellermn.com/facebook-watch



Diekstrak dari:
https://www.business2community.com/digital-marketing/10-things-consider-2018-digital-marketing-plan-01967560