[Tips] Padam Maklumat Anda Dengan Betul


1. Kadang-kadang kita terlepas pandang dengan maklumat elektronik yang kita telah padam, rupa-rupanya masih wujud!

2. Dokumen dalam komputer anda yang dipadam akan disimpan dalam Recycle Bin untuk beberapa ketika. Jika anda sudah muktamad mahu memadamkannya terus, masuk ke Recycle Bin dan padamkan dokumen tersebut.

3. Dokumen dalam Google Drive yang anda padam akan di simpan dalam Bin Folder. Jika anda sudah muktamad mahu memadamkannya terus, masuk ke Bin Folder dan padamkan dokumen tersebut.

4. Jika anda menggunakan komputer awam, komputer pinjam atau Cyber Cafe, pastikan anda kosongkan Recycle Bin sebelum meninggalkan komputer tersebut.

5. Jika anda menggunakan komputer awam, komputer pinjam atau Cyber Cafe dan anda telah melayari Internet menggunakan aplikasi Web Browser, pastikan anda telah padamkan Browser History dan maklumat Privacy yang lain. Pastikan juga anda sudah Logout dari Google, Facebook dan lain-lain.

6. Email yang anda padam akan turut disimpan dalam Trash Folder. Padam kandungannya jika anda sudah muktamad tidak perlukan email ini.

7. Laman web anda yang pernah anda guna dan padam pada suatu ketika dahulupun mungkin masih wujud lagi sekarang. Layari https://archive.org/ dan semak jika ia masih wujud.

Berhati-hatilah mengendalikan maklumat elektronik anda.