Benarkah Kumpulan Muzik RadioHead Ada Hubungan Intim Dengan Israel?

Ramai yang tidak tahu RadioHead menempa nama dalam industri hiburan dengan bermula dari stesen radio tentera Israel

Benarkah Kumpulan Muzik RadioHead Ada Hubungan Intim Dengan Israel?


RadioHead adalah sebuah kumpulan muzik rock alternatif yang ditubuhkan di Britain pada tahun 1985. Bermula dari single pertama pada tahun 1992, mereka terus mengeluarkan beberapa album sehingga yang terkini pada tahun 2016. Pada peringkat awal, ketika masih belum popular, sebahagian pendengar mengatakan muzik mereka mirip Kumpulan Nirvana, sebuah kumpulan Grunge dari Amerika Syarikat. RadioHead mula menjadi ikutan apabila single pertamanya "Creep" yang dikeluarkan pada tahun 1992 dimainkan di stesen radio seluruh dunia. Begitulah permulaan kisah sebuah band legenda.

Di sebalik kejayaan "Creep", tidak ramai yang tahu bahawa RadioHead sebenarnya terhutang budi dengan Negara Israel.

Bagaimana jadi begitu?

RadioHead sebenarnya melalui jalan sukar untuk bertapak. Irama muzik yang mereka bawa masih belum diterima meluas. Persaingan dalam industri muzik UK dan US juga sengit. Mereka perlu mencipta gelombang pengikut untuk melonjakkan namanya. Peluang itu datang apabila seorang DJ bernama Yoav Kutner mula berulang-ulang memainkan "Creep" di stesen radio Galei Tzahal milik Tentera Israel. Ia mendapat sambutan pendengar. Maka EMI selaku syarikat penaung mereka telah membawa mereka bermain di tiga  buah kelab di Tel Aviv serta muncul dalam slot tv pada bulan Mac dan April 1993. Gelombang pengikut berjaya dicipta lalu EMI membawa mereka dalam siri konsert jelajah, menerbitkan semula "Creep" pada tahun 1993 dan akhirnya "Creep" menjuarai carta Top 10 di UK.

Dengan latarbelakang sejarah intim ini, maka tentulah RadioHead tidak menolak apabila dijemput mengadakan konsert di Israel pada tahun lepas (2017).

Meskipun menerima desakan dari industri muzik agar mengelak dari berpentas di Israel serta dikritik oleh masyarakat antarabangsa kerana berkawan dengan Regim Zionis, RadioHead tidak mengendahkannya.

Malah dalam satu temuramah dengan Majalah Rolling Stone, ketua kumpulan, Thom Yorke dengan angkuh berkata protes terhadap mereka adalah "satu pembaziran tenaga luar biasa".

RadioHead tetap dengan pendirian mereka untuk berpentas di Israel dan terus bersahabat dengan Israel. Itulah tapak mereka mereka mencipta nama dan mereka tidak akan lupakannya biarpun dikecam industri dan masyarakat antarabangsa.

Fikirkanlah hal ini sebelum anda menjadi peminat mereka.

Sumber:

https://www.theguardian.com/commentisfree/2017/jul/11/radiohead-reject-israel-boycott-play-tel-aviv-palestinians

http://www.vulture.com/2017/07/radioheads-relationship-with-israel-goes-way-back.html

https://nypost.com/2017/07/18/is-this-the-reason-radiohead-is-playing-israel/

https://www.jpost.com/Israel-News/Culture/5-times-Radioheads-Thom-Yorke-has-shown-love-for-Israel-500141

Post a Comment

0 Comments