Benarkah semakin berumur semakin susah nak slim?

mengapa dirasakan semakin berumur semakin susah nak kurus macam masa muda2 dahulu?

Benarkah semakin berumur semakin susah nak slim?


Walaupun cara pemakanan dan keaktifan hidup masih sama, mengapa di rasakan semakin berumur semakin susah nak kurus macam masa muda2 dahulu? Ini adalah disebabkan jumlah otot (muscle mass) berkurang sebanyak 5-10% 1  setiap dekad, selari dengan kenaikan umur. Ini boleh menyebabkan pengurangan pembakaran kalori walaupun sengan gaya hidup yang sama. Penurunan ini bermula pada seawal usia 25 tahun lagi! 2

Juga semakin kita berumur, semakin banyak faktor ‘stress’ keluarga dan pekerjaan menyebabkan hormone stress tubuh meningkat.

Bagaimana nak buat?


Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kalori (nasi, roti, kentang) dan tinggikan pengambilan protein yang boleh membantu membina otot seperti kekacang, bijirin dan dedaging. Tingkatkan senaman ‘resistance training’ seperti mengangkat berat sekurang2nya 3 kali seminggu untuk membantu membina semula otot yang berkurangan. Di sambil itu boleh membuatkan badan rasa segar dan kurang lemah.

Kurangkan stress dengan menukar cara kita berfikir, tambahkan solat atau meditasi. Bersenam di luar juga dapat meningkatkan ‘endorphins’ – hormon gembira yang juga boleh keluar apibla kita memeluk anak2 kecil dan anak kucing!



1: Mitchell et. al. Sarcopenia, Dynapenia, and the Impact of Advancing Age on Human Skeletal Muscle Size and Strength; a Quantitative Review. Front Physiol. 2012; 3: 260.
2. McLeod  et. al. Live strong and prosper: the importance of skeletal muscle strength for healthy ageing. Biogerontology. 2016 Jun;17(3):497-510

Post a Comment

0 Comments