Benarkah Donald Trump akan bertemu dengan Kim Jong Un di Singapura?


Sekiranya benar-benar terjadi, ia akan menjadi sidang kemuncak yang pertama antara Korea Utara dan Amerika Syarikat sejak berakhirnya Perang Korea 1950-53. 

Benarkah Donald Trump akan bertemu dengan Kim Jong Un di Singapura?

Selepas saling berbalas kata-kata ancaman dan hinaan sejak Trump menjadi presiden pada tahun 2017, Amerika Syarikat dan Korea Utara telah cuba untuk mewujudkan sidang kemuncak antara pemimpin mereka. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan pada Mei 10 bahawa beliau akan bertemu dengan Kim Jong Un dari Korea Utara dalam satu sidang kemuncak pada 12 Jun 2018.

Trump menawarkan untuk mengangkat sekatan ekonomi Amerika Syarikat ke atas Korea Utara dan sebagai balasannya, negara itu mestilah "menyahnuklear", iaitu menyingkirkan semua senjata nuklearnya. Beliau mahu menggunakan pertemuan itu untuk memberi tekanan kepada Pyongyang supaya menyerahkan senjata nuklearnya. Namun begitu, kepimpinan di Pyongyang dipercayai menganggap senjata nuklear sebagai penting untuk kelangsungan kuasa mereka dan telah menolak tawaran tersebut.

Keputusan Korea Utara untuk tidak mengendahkan permintaan menyahnuklear itu mendorong Donald Trump untuk mengumumkan pada hujung Mei lepas bahawa dia telah membatalkan sidang kemuncaknya dengan Kim Jong Un.

Pembatalan yang mendadak itu tidak terlalu mengejutkan para pemerhati Korea yang ragu-ragu sama ada kedua-dua negara tersebut dapat berkomunikasi dengan baik mengenai tuntutan Amerika Syarikat untuk penyahan senjata nuklear secara keseluruhan oleh Korea Utara.

Bagaimanapun, Trump telah menukar fikirannya dan memberitahu media pada 1 Jun lepas bahawa beliau akan menghadiri sidang kemuncaknya dengan Kim Jong Un di Singapura seperti yang dalam rancangan awal mereka. Pengumuman ini dibuat selepas pertemuan beliau dengan wakil dari Pyongyang, Kim Yong Chol, yang merupakan orang kanan Kim.

Ini akan menjadi sidang kemuncak yang pertama antara Korea Utara dan Amerika Syarikat sejak berakhirnya Perang Korea 1950-53. Kim telah menggantung program ujian nuklear dan peluru berpandu serta bersedia untuk berunding mengenai program nuklearnya. Tetapi, sejauh mana seriusnya tawaran beliau dan langkah-langkah pelucutan senjata yang akan beliau ambil masih lagi dipersoalkan.

Wall Street pula menjadi semakin teguh selepas pengumuman Trump mengenai kehadirannya ke sidang kemuncak tersebut. S&P 500 telah ditambah kepada keuntungan yang sihat, dan seterusnya turun beberapa mata untuk kekal pada aras tinggi 0.9 peratus dalam perdagangan petang. Indeks dolar Amerika Syarikat pula ditambah secara sederhana kepada keuntungan.

Rujukan:
1. https://www.thestar.com/news/world/2018/05/10/us-north-korea-summit-is-set-trump-kim-jong-un-to-meet-june-12-in-singapore.html
2. https://www.straitstimes.com/world/united-states/trump-calls-off-singapore-meeting-with-north-koreas-kim
3. https://www.straitstimes.com/world/united-states/trump-says-june-12-summit-with-north-koreas-kim-is-back-on

Post a Comment

0 Comments