Benarkah Fesyen Baju Melayu Terbaru Sudah Jadi Keperempuanan?

Adakah ini petanda pengaruh LGBT makin meresapi masyarakat?

Fesyen baju Raya paling dikecam 2018

FMT Ohsem menyenaraikan koleksi rekaan baju Melayu kaum Adam yang menjadi viral di musim perayaan tahun ini.

Sambutan sesuatu perayaan dan fesyen sememangnya tidak boleh dipisahkan. Cakap sahaja mengenai berhari Raya, antara perkara yang menjadi topik ke-2 terbesar selepas makanan ialah pakaian yang bakal dipakai pada hari tersebut.

Jadi tidak dinafikan ramai pengusaha dan pereka fesyen menjadikan musim raya sebagai platform untuk mereka memperkenal dan mempamer koleksi pakaian masing-masing.

Tahun 2018 tidak kontang dengan pengenalan koleksi baharu yang terus diperaga dan dipromosi di laman sosial. Kalau dulu fesyen hanya mengenai pakaian wanita, kini lelaki juga berlumba-lumba mencari koleksi baju yang sedondon dan seraya dengan citarasa masa kini.

Pendek kata, macam-macam potongan baju lelaki dan rekaan unik menjadi tarikan dan buah mulut untuk tahun ini.

FMT Ohsem senaraikan beberapa fesyen baju lelaki yang menjadi viral di laman sosial selain turut dikecam kerana keterlaluannya. Di sebalik kecaman dan rungutan, siapa sangka, pereka dan jenama pakaian tersebut turut mendedahkan baju tersebut terjual laris bak pisang goreng panas.



1. Baju Melayu ‘sarung nangka’


Baju Melayu ini antara yang paling hangat diperkatakan tahun ini kerana ia kelihatan seperti sarung nangka atau ‘swimsuit’ kerana terlalu ketat.



Menurut perekanya, Amir, baju terbabit tidaklah sendat seperti yang dilihat yang dimuat naik Instagram, sebaliknya bentuk badan model yang agak “sado” menjadikan ia kelihatan begitu ketat.

Lagipun, seluar model tersebut juga dipakaikan pin untuk kelihatan fit. Apapun, baju tersebut yang dijual pada harga RM299 dikatakan “sold out” selepas mula dijual sejak 20 Mei lalu.



2. Baju Raja Wakanda


Ini antara rekaan yang sudah dijangka kemunculannya sejak filem “Black Panther” ditayangkan di pawagam, sekaligus menjadi filem paling popular. Sejak awalnya semua orang bercakap mengenai fesyen pakaian dalam filem ini dan ternyata ia memberi impak kepada penonton Malaysia.

Kini, gaya pakaian dipakai oleh Raja Wakanda iaitu T’Challa bukan sahaja hangat diperkatakan malah rekaan baju kurtanya bersepah di bazar-bazar jualan baju. Gabungan warna hitam dengan corak etnik putih pada bahagian tengah atau baju putih dengan rekaan hitam sudah mula dipasarkan.

Namun, di laman sosial, sebuah butik dikenali Batik Souq melancarkan koleksi terbabit yang dijual pada harga RM159 bersama pakaian kurta premium yang lain.



3. Baju Melayu menyusukan anak


Semua orang menyindir rekaan baju Melayu ini sebagai persis baju untuk menyusukan anak. Namun, perekanya pelakon Erry Putra akui ia direka dengan menggabungkan idea 3 elemen iaitu kurta yang terkenal dalam masyarakat India, bahagian kolar inspirasi daripada samfoo iaitu pakaian tradisional kaum Cina dan elemen Melayu itu terletak pada bahagian dalam baju yang masih mengekalkan konsep tradisional baju Melayu.
Walaupun dikecam kelihatan seperti baju menyusu, Erry menyifatkan stok baju tersebut sudah pun habis terjual keseluruhannya selepas mendapat sambutan luar jangkaan.



4.Baju Melayu beropol


Baju Melayu ini menjadi viral selepas rekaannya dipersoal oleh selebriti, Nabila Huda menerusi Twitternya. Nabila meluahkan rasa kurang senang dengan trend baju Melayu itu yang disifatkan bertambah kreatif seiring dengan peredaran masa. Namun ia tidak bermakna Nabila merasakan ia secocok malah memilih lebih selesa jika kaum Adam mengekalkan baju Melayu klasik atau jubah dan tidak mempunyai rekaan yang agak keperempuanan.

Nabila menegur rekaan ropol di sisi seakan dress dan menyindir jika fungsi ropol berkenaan berfungsi untuk tapau lemang ketika beraya nanti.



5. Kurta dedah lurah dada


Biasanya seksi itu disifatkan bagi pakaian perempuan, ini berbeza apabila kurta ini dikecam netizen sebagai seksi.

Baju kurta rekaan messedupapparel dikatakan pelik kerana potongan bahagian lehernya yang agak menjolok mata. Potongan bahagian leher terbuka luas mendedahkan bahagian dada lelaki disifatkan agak keterlaluan oleh netizen. Koleksi kurta Rouh ini didatangkan dalam pelbagai warna pastel dan dikatakan dijual untuk tempoh masa yang terhad sahaja tau!


Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2018/06/11/fesyen-baju-raya-paling-dikecam-2018/

Post a Comment

0 Comments