Benarkah Hak Istimewa Kaum Bukan Melayu dan Bumiputera Tidak Terjamin?

Adakah setiap kaum utama di Malaysia ini mempunyai hak-hak istimewa masing-masing seperti yang termeterai lama dahulu dan diiktiraf di dalam perlembagaan ataupun polisi-polisi negara?

Benarkah Hak Istimewa Kaum Bukan Melayu dan Bumiputera Tidak Terjamin?

Kita biasa mendengar tentang hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini.  Malah perkara ini menjadi satu topik perbualan hangat di kalangan ramai orang tanpa mengira kaum dan agama.  Ramai yang mempertahannya dan ramai pula yang mahu ianya dihapuskan.  Biar semuanya rakyat Malaysia sama rata tanpa sesiapa pun mempunyai hak-hak istimewa.

Sebenarnya setiap kaum utama di Malaysia ini mempunyai hak-hak istimewa masing-masing seperti yang termeterai lama dahulu dan diiktiraf di dalam perlembagaan ataupun polisi-polisi negara.

Berikut adalah petikan akhbar, kenyataan seorang Menteri berkenaan jaminan hak kaum bukan melayu dan bumiputera:

Perkara 153 turut menjamin hak bukan Melayu

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rais Yatim berkata, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja menjamin hak orang Melayu tetapi juga memberi jaminan tentang hak orang bukan Melayu di negara ini.

Malangnya, menurut beliau, klausa tersebut tidak diberikan penekanan dan penegasan semasa penjelasan tentang Perkara 153 khususnya kepada orang bukan Melayu.

Perkara 153 Perlembagaan menyebut, 'Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum lain mengikut Perkara ini'.

Sehubungan itu, katanya, tidak ada pihak yang wajar mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu kerana ia telah termaktub dalam perlembagaan.

''Sekiranya ada pihak-pihak yang mempertikaikan hak orang Melayu ini dengan tujuan memperkecilkannya, harus juga ditanya siapakah yang mendapat lebih (kekayaan) setakat ini.

''Misalnya, harta orang Melayu setakat ini banyak mana dan harta orang bukan Melayu setakat mana,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Wacana Pemikir Masa Depan Politik Malaysia di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Rais, Perkara 153 itu wajar dilihat semula dari segi pelaksanaannya.

Menurut beliau, sudah sampai masanya setiap orang Melayu berfikir dan bertindak secara rasional terhadap isu hak orang Melayu.

''Kalau Dewan Perniagaan Cina boleh membincangkan apa sahaja isu membabitkan orang Cina, kenapa tidak orang Melayu juga membincangkan isu kaum mereka,'' katanya.



Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0929&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=hn_06.htm#ixzz5H7vvkeNH
© Utusan Melayu (M) Bhd

Post a Comment

0 Comments