Benarkah Pasaraya Ada Teknik Kesan Anda Hamil?

Seorang bapa merasa tidak senang dengan tindakan sebuah pasaraya menghantar surat berisi kupon diskaun barangan bayi kepada anak perempuannya. 

Bagaimana Pasaraya Kesan Keperluan Pelanggannya?


Seorang bapa merasa tidak senang dengan tindakan sebuah pasaraya menghantar surat berisi kupon diskaun barangan bayi kepada anak perempuannya.

"Adakah anda menggalakkan anak saya hamil?", tanya di bapa melalui panggilan telefonnya ke pasaraya terbabit. Pengurus pasaraya itu memohon maaf atas perutusan surat tersebut.

Si pengurus adalah seorang yang bijak berdiplomasi. Selang beberapa hari kemudian, beliau pula menelefon si bapa. Anehnya, kali ini si bapa pula yang meminta maaf atas tindakannya memarahi si pengurus sebelum ini.

"Saya pohon maaf. Rupanya ada sesuatu yang berlaku tanpa pengetahuan saya. Memang benar anak saya hamil", ujar si bapa.

Kejadian ini mungkin memalukan si bapa. Walaubagaimanapun, ia adalah satu kebetulan yang membolehkan si bapa waspada dengan sebarang risiko yang mungkin berlaku jika beliau langsung tidak maklum tentang keadaan anaknya.

Soalnya, bagaimana pasaraya itu boleh mendapat maklumat tentang kehamilan si anak?


Maklumat itu sebenarnya datang dari siri rekod transaksi pembelian menggunakan kad kredit pelanggan. Apabila pelanggan membeli barangan pasaraya menggunakan kad kredit, rekod transaksi akan disimpan ke dalam akaun pelanggan tersebut. Rekod pembelian akan dianalisa oleh pasaraya dari masa ke semasa.

Antara analisa yang dilakukan adalah pengecaman corak pembelian barang. Berdasarkan corak ini, pihak penganalisa boleh membuat unjuran apakah barang berikutnya yang akan dibeli oleh pelanggan tadi. Ia membantu pasaraya membuat kempen jualan yang lebih berkesan. Namun hal ini juga pada masa yang sama telah secara tidak langsung mendedahkan habit atau tingkah laku pelanggan kepada kajian pihak ketiga.

Adakah anda seorang yang tidak kisah akan hal anda diketahui orang lain atau anda seorang yang sangat menjaga maklumat perihal diri anda? Jika anda dalam kumpulan yang kedua, anda perlu fikir semula kaedah pembelian menggunakan kad kredit, malah kad debit juga.

Sumber:
https://www.forbes.com/sites/kashmirhill/2012/02/16/how-target-figured-out-a-teen-girl-was-pregnant-before-her-father-did/#d124f0d66686







Post a Comment

0 Comments