Panduan Memanfaatkan Kegunaan Slack


.

1. Kegunaan Slack

Slack boleh digunakan untuk:
1.1. Menguruskan sumber bagi urusan kerja.
1.2. Menyusun kumpulan tugasan kerja.
1.3. Menyusun rantaian perbualan dengan rakan sekerja.


2. Menyusun Sumber

Anda boleh menyusun sumber anda di dalam Panel Utama yang terdiri daripada:
2.1. People - Individu/Organisasi yang berkolaborasi dengan urusan kerja anda.
2.2. Apps - Aplikasi yang boleh dihubungkan dengan urusan kerja anda.
2.3. Files - Fail/Dokumen yang digunakan dalam urusan kerja anda.



Sumber Apps sebenarnya adalah sangat luas. Jika anda perhatikan contoh paparan di bawah, anda boleh hubungkan Slack dengan Google Drive, Zoom, Google Calendar dan banyak lagi Apps yang boleh membantu memperlicinkan tugasan kerja anda.





3. Menyusun Tugasan Kerja

Anda mungkin mempunyai beberapa tugasan kerja berbeza yang perlu diselesaikan dalam tempoh waktu yang sama. Tugasan kerja ini boleh disimpan dalam Panel yang dipanggil Channels.

Segala perbualan dan catatan kerja akan disimpan mengikut Channel. Dengan ini ia akan memudahkan anda memantau perjalanan setiap satunya dari permulaan hingga selesai tugasan tersebut.





4. Perbualan

Anda mungkin perlu berbual dengan rakan sekerja. Panel Direct Messages menyediakan paparan nama rakan sekerja dan rantaian perbualan anda dengannya.



5. Ruang Kerja 

Bagaimana jika anda bekerja dengan lebih dari satu pejabat, syarikat atau klien? Bolehkah Slack menampung Ruang Kerja lebih dari satu? Jawapannya Ya. Anda boleh tambah Ruang Kerja anda (Workspaces). Setiap Workspaces adalah terpisah di antara satu sama lain. Maka anda boleh melindungi maklumatnya dari bercampur aduk dengan Ruang Kerja lain.


Anda juga boleh gunakan Jalan Pintas https://app.slack.com/create untuk mencipta Workspace baru.

.

Post a Comment

0 Comments