Pengenalan Asas Dunia Web Yang Mesti Difahami Oleh Web Researcher



1. Web adalah singkatan kepada World Wide Web. Ia adalah sejenis sistem maklumat di mana bahan digital di dalam Rangkaian Internet dicari menggunakan kaedah Uniform Resource Locators (URL). Setiap bahan digital  boleh dihubungkan dengan Hypertext (Melayu: Hiperteks).

1.1. Bahan digital = dokumen text, audio, video, pdf dan apa sahaja dokumen, data atau aplikasi elektronik yang boleh disimpan, diproses atau diedarkan melalui dalam Rangkaian Internet.

1.2. Rangkaian Internet = Rangkaian komputer sedunia berdasarkan teknologi TCP/IP yang dimulakan oleh Advanced Research Project Agency pada tahun 1969 di Amerika Syarikat.

1.3. Uniform Resource Locators, URL = URL adalah satu kaedah alamat untuk mencari sesuatu bahan digital yang berada di dalam Rangkaian Internet.

Contohnya https://razzi.my/.

https = Protokol Internet ie Hyper Text Transfer Protocol - Secured. Protokol adalah peraturan komunikasi yang menjadi perantara di antara dua komputer yang sedang berhubung dan berkongsi bahan digital. Melalui protokol yang piawai seperti TCP/IP, dua platform yang berbeza contohnya Microsoft Windows dan Apple Mac boleh berkongsi bahan digital yang sama meskipun sistem operasi platform itu berbeza.

razzi.my = Alamat bagi sesebuah laman Web, ie Web Address (Melayu: Alamat Web). Web Address ini merupakan alamat versi manusia yang dipadankan dengan alamat versi komputer yang dipanggil sebagai Alamat IP.

Jika anda menggunakan alat carian seperti http://reverseip.domaintools.com/search/?q=razzi.my , anda akan memperolehi Alamat IP contohnya 103.8.25.62 . Dalam kata lain, apabila anda menaip Alamat Web razzi.my di kotak alamat Web Browser, sistem akan mencari bahan digital di dalam komputer yang beralamat 103.8.25.62 yang terdapat di dalam Internet

1.4. Hypertext = teks (kebiasaannya berwarna biru dan bergaris bawah) yang boleh diklik dan membawa pengguna menuju ke sumber bahan digital yang berkaitan.



Untuk selanjutnya, baca di sini: https://en.wikipedia.org/wiki/World_Wide_Web

2. Apabila dua pihak berinteraksi untuk mendapatkan bahan digital, pihak yang meminta dipanggil Web Client (Melayu: Pelanggan Web) manakala pihak yang melayan permintaan dipanggil Web Server (Melayu: Pelayan Web).

2.1. Web Client = pihak yang meminta bahan digital. Untuk membuat permintaan, Web Client memerlukan aplikasi yang dipanggil Web Browser.

2.2. Web Server = pihak yang melayan permintaan bahan digital. Untuk melayan permintaan, Web Server memerlukan aplikasi yang dipanggil Web Server.



Untuk selanjutnya, baca di sini: https://en.wikipedia.org/wiki/Client%E2%80%93server_model

3. Bahan Digital yang dipindahkan dari Pelayan kepada Pelanggan terdiri dari pelbagai jenis format yang mematuhi piawai MIME Types. MIME adalah singkatan kepada Multipurpose Internet Mail Extensions. MIME Types pada asalnya digunakan dalam komunikasi Emel tetapi kemudiannya diterimapakai dalam komunikasi Web.

3.1. MIME Type = Multipurpose Internet Mail Extensions Type. Ia merangkumi format bahan digital yang diterima untuk disebar melalui Emel dan Internet. Contohnya :

+ text/html for normal web pages
+ text/plain for plain text
+ application/pdf for Adobe® PDF documents.
+ audio/mp4
+ video/mp4
+ dan lain-lain



Untuk selanjutnya, baca di sini: https://en.wikipedia.org/wiki/Media_type

4. Bahan Digital yang telah dipindahkan boleh dipaparkan oleh Web Browser sekiranya ia mengandungi kod yang mematuhi piawai Web iaitu Hypertext Markup Language (HTML). HTML ialah sejenis Markup Language (Melayu: Bahasa Penanda). Ia memberitahu Web Browser bagaimana sesuatu maklumat harus dipaparkan di skrin. Contohnya <H1> bermaksud Heading Type 1 manakala <P> bermaksud Paragraph (Melayu: Perenggan).



Untuk selanjutnya, baca di sini: https://www.w3schools.com/html/default.asp

5. Bagi memudahkan sesebuah Dokumen HTML itu diproses semula oleh Pelanggan Web, satu piawai telah dibangunkan yang dipanggil sebagai Document Object Model (DOM). DOM akan menukarkan memproses sesebuah Dokumen HTML sebagai Object mempunyai hirarki seperti Header, Body, Footer dan lain-lain.



Untuk selanjutnya, baca di sini: https://en.wikipedia.org/wiki/Document_Object_Model 











Post a Comment

0 Comments