E-Bisnes dan Kepentingannya Dalam Dunia Masa Kini


Maksud E-Bisnes (E-Business)


E-Bisnes berasal dari gabungan perkataan elektronik dan bisnes. Secara umumnya ia bermaksud aktiviti perniagaan yang diupayakan oleh media elektronik.

3 kelebihan media elektronik yang luarbiasa


Media elektronik mempunyai keupayaan yang luarbiasa:
1. Ia boleh membuat pengiraan aritmetik dan logik dengan pantas,
2. Ia boleh menyimpan maklumat dalam bentuk data digital yang sangat kecil, dan
3. Data ini boleh dihantar kepada penerima yang jauh dalam sekelip mata.

Peningkatan daya saing dalam perlumbaan perniagaan


Dengan kelebihan luarbiasa ini, media elektronik telah menjadi satu keperluan utama bagi setiap organisasi yang mahu bergerak maju. Organisasi yang tidak mengambil tahu tentang pengetahuan dan kemahiran menggunakan media elektronik sebaliknya akan kehilangan daya saing; ia menjadi kurang cekap bergerak dan kurang berkesan dalam tindakan.

Dalam kisah "Komputer Bunuh Kerjaya Kami", kita boleh melihat bagaimana mereka yang tidak melengkapi dirinya dengan pengetahuan dan kemahiran terkini dalam menggunakan media elektronik akan tertinggal jauh dan akhirnya pupus dalam peredaran masa.

Sekarang ini adalah era E-Bisnes. Setiap juzuk kehidupan masyarakat diupayakan oleh E-Bisnes. Oleh itu, ambil tahu dan ikuti perkembangan teknologi media elektronik supaya kita dapat mengekalkan kelangsungan hidup di era ini.

"Jangan buat tak endah dengan teknologi"

Post a Comment

0 Comments