Panduan Mencari Imej Melalui Google Search


.
Anda boleh mencari pelbagai imej di Google. Sebagai contoh, anda boleh melihat gambar tempat pelancongan yang bakal dikunjungi atau mencari imej untuk digunakan dalam pembentangan yang akan datang.

1. Layari Laman Carian Google

Pergi ke images.google.com.



2. Carian berdasarkan kata kunci

Cari dengan menggunakan perkataan atau frasa. Semua hasil carian yang akan ditunjukkan ialah imej.



3. Paparan Imej Hasil Carian


Setelah memasukkan kata kunci, anda boleh menekan tab "Images" untuk melihat paparan imej yang telah ditemui oleh Google berdasarkan kata kunci yang anda masukkan.


4. Perdalamkan carian

Anda juga boleh memperdalamkan carian di Google untuk imej mengikut kategori tertentu seperti saiz, warna, kegunaan, jenis dan masa.




5. Carian "Reverse Image Search"

Carian "Reverse Image Search" bermaksud meminta Google mencari gambar berdasarkan gambar awal yang kita berikan.

Sekiranya anda menggunakan Mobile Browser, tetapkan dahulu Browser anda agar memaparkan versi Desktop Site atau Desktop Browser.

5.1. Layari laman images.google.com

5.2. Perhatikan butang kamera pada kotak carian Google. Tekan butang kamera tersebut.


5.3. Tekan tab "Upload Image"

Untuk latihan ini, kami telah memuatnaik gambar berikut:



5.4. Lihat hasil carian.
Perhatikan bahawa Google telah dapat mengecam gambar yang telah dimuatnaikkan dan berjaya mencari imej yang sama di dalam Web.





5.5. Simpan atau terus mencari
Berbalik pada contoh carian "pulau menarik" tadi, sekiranya anda telah bertemu dengan imej yang dikehendaki, anda boleh right-click (atau long press bagi mobile browser).

Jika anda perhatikan dalam contoh di bawah, menu context turut mengandungi pilihan carian "Search Google for Image". Sekiranya anda memilih carian ini, Google akan cuba mencari imej yang sepadan dengan imej yang telah anda klik atau tekan tadi.




Post a Comment

0 Comments