[Tips] Hindari Kencing Manis Dengan Sayur Peria Katak

ubat kencing manis cara kampung


Peria Katak sangat bagus untuk pesakit kencing manis. Bagi pesakit kencing manis, organ Pankreas tidak dapat berfungsi dengan baik untuk menghasilkan hormon bagi menurunkan kadar gula dalam darah. Peria Katak pula digelar 'insulin tumbuhan' di mana ia boleh membantu badan menurunkan kadar tersebut.

Peria Katak Sangat Pahit?


Tidak ramai yang gemar memakan Peria katak kerana rasanya yang pahit.

Berikut adalah cadangan resepi yang boleh mengurangkan rasa pahit Peria Katak.

Hidangan Peria Katak Goreng Telur


.

Bahan-bahan

3 biji peria katak (gaul dengan garam dulu untuk kurangkan rasa pahit)
2 biji telur
2 biji bawang putih -ditumbuk
3 biji bawang merah – ditumbuk
2 sudu besar cili kisar (ikut tahap kepedasan masing-masing)
1 biji lada merah – hiris
1 sudu sos tiram
Garam

Cara-cara menyediakan Peria Katak Goreng Telur

1. Belah 2 peria, buangkan bijinya dan hiris nipis-nipis.
2. Gaul dengan garam untuk hilangkan pahitnya. Kemudian dibilas dengan air bersih.
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan masukkan cili kisar tumis sampai naik baunya.
4. Untuk menambahkan ksedapannya, masukkan ikan bilis atau udang kering/ udang segar.
5. Masukkan peria, kacau dan masukkan telur. Kacau lagi sehingga masak.

.