[Tips] Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Jual Laptop




[CUCI BERSIH SEBELUM PINDAH MILIK]






1. Pernahkah anda memindah milik laptop atau portable storage anda kepada orang lain?






2. Pastikan anda cuci bersih harta benda ini sebelum memindah milik.






3. Sebelum mencuci, salin dahulu data yang penting untuk disimpan di tempat lain.






4. Bagi laptop, jalankan fungsi factory reset supaya laptop itu diformatkan semula dan dipasang sistem operasi Windows atau Mac sepertimana ia mula-mula keluar dari kilang.






5. Bagi portable storage seperti USB drive atau hard disk, formatkan semula alat-alat ini.






6. Sesetengah agensi kerajaan, syarikat dan orang perseorangan terlepas pandang hal ini. Maklumat rahsia mereka kemudiannya dijumpai oleh orang lain.






7. Akibatnya, maklumat ini disalahguna dan menjadi ancaman kepada pemilik asalnya.






Bertindaklah dengan bijak.