Benarkah gaji rendah punca rakyat memilih kerja?


banyak pekerjaan yang pembayaran gajinya tidak setimpal menyebabkan ia gagal menarik perhatian warga tempatan untuk bekerja di sektor tertentu?

Benarkah gaji rendah faktor rakyat pilih kerja?

IPOH – Gaji rendah  antara faktor rakyat memilih pekerjaan sehingga menyebabkan negara bergantung kepada keperluan pekerja asing.

Menteri Tenaga Manusia, M Kulasegaran berkata, rakyat tidak mahu bekerja dalam sektor tertentu disebabkan gaji yang ditawarkan terlalu rendah berbanding dengan kos kehidupan.

Menurutnya, rakyat berhak memilih pekerjaan yang terbaik dan banyak pekerjaan yang pembayaran gajinya tidak setimpal menyebabkan ia gagal menarik perhatian warga tempatan untuk bekerja di sektor tertentu

“Majikan tidak boleh membandingkan gaji pekerja asing yang bekerja di sini dengan pekerja tempatan kerana ia terlalu berbeza seperti membandingkan epal dan oren.

“Kita ada pekerjaan 3D (dirty, difficult and dangerous) (kotor, sukar dan merbahaya) seperti industri perladangan yang secara asasnya tidak diminati oleh pekerja tempatan.

“Juga pekerjaan di hotel atau industri lain di mana rakyat boleh bekerja tanpa mengupah warga asing. Kadang kala, ia mengenai penawaran dan permintaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di Kuil Buddha Mek Prasit sempena Sambutan Hari Wesak di sini, hari ini.

Kulasegaran berkata, masalah itu perlu ditangani sebaiknya bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

“Kita juga akan mengkaji semula peranan ‘orang tengah’ yang mengambil keuntungan daripada majikan dan pekerja itu sendiri,” katanya.

Khamis lalu, kerajaan berhasrat mengurangkan jumlah kebergantungan pekerja asing dengan mengkaji semula memorandum persefahaman (MoU) kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh pada awal tahun 2016.

Menurutnya, setiap aspek akan dikaji semula untuk mengurangkan jumlah berkenaan dengan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/gaji-rendah-faktor-rakyat-pilih-kerja-1.840240

Post a Comment

0 Comments