Benarkah Jerman Terpaksa Balik Kampung Awal Dari Piala Dunia 2018?

KAZAN 28 Jun - Jerman menjadi mangsa badi Piala Dunia keempat apabila tersingkir awal selepas tewas 2-0 kepada Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan F di Kazan Arena.

Jerman yang juga juara 2014 mengikut jejak tiga pasukan berstatus penyandang juara Piala Dunia iaitu Perancis (1998), Itali (2006) dan Sepanyol (2010) yang gagal mempertahankan gelaran dan tersingkir di peringkat kumpulan pada kempen 2002, 2010 serta 2014.

Kekalahan Jerman itu menyebabkan pasukan berkenaan hanya mampu menamatkan kempen Piala Dunia 2018 di tangga tercorot Kumpulan F malah ini juga adalah kali kedua Die Mannschaft gagal mara ke pusingan kedua selepas 1938.

Dua pasukan daripada Kumpulan F yang layak mara ke pusingan kedua ialah pendahulu, Sweden dan naib juara Mexico.

Dalam perlawanan tersebut menyaksikan buat pertama kali Jerman gagal mendahului kedudukan jaringan pada separuh masa pertama dalam kempen Piala Dunia peringkat kumpulan sejak 1986.

Dua gol Korea Selatan dijaringkan oleh Kim Young-Gwon dan Son Heung-Min, kedua-duanya ketika masa kecederaan. - AGENSI




Post a Comment

0 Comments