Panduan Google Books & Google Scholar


Google Books


Google Books merupakan laman web yang menawarkan perkhidmatan pencarian teks penuh buku dan majalah yang telah diimbas dan di masukkan ke dalam Google dengan hanya menekan kata kunci.

Dengan kata lain, Google Books merupakan perpustakaan secara atas talian. Buku-buku yang terdapat di dalam Google Books telah disediakan oleh penerbit dan pengarang melalui program rakan kongsi buku Google, projek perpustakaan.

Di samping itu, Google telah bekerjasama dengan beberapa penerbit buku dan majalah untuk mendigitalkan arkib mereka.

Manfaat Google Books kepada pengguna adalah pengguna dapat mencari topik-topik tertentu di dalam buku hanya dengan menekan kata kunci. Pengguna boleh membaca buku mengikut bab-bab pilihan pengguna.

Url untuk mengakses servis https://books.google.com.


Tangkap layar di atas menunjukkan hasil carian dalam Google Books bagi kata kunci "zulkifli al-bakri". Ia juga menunjukkan satu jalan pintas untuk mencari sesuatu kata kunci dengan hanya menaip url. Contohnya:

https://www.google.com/search?tbm=bks&q=zulkifli+al-bakri

tbm=bks bermaksud arahan untuk mencari melalui Google Books

q=zulkifli+al-bakri bermaksud arahan untuk mencari kata kunci zulkifli al-bakri


Google Scholar


Google Scholar adalah laman web perkhidmatan pencarian khusus untuk pelajar, mahasiswa dan ahli akademik yang dicipta oleh Anurag Acharya, seorang bekas ahli akademik bersama kumpulan web-indexing Google pada tahun 2000.

Google Scholar memiliki cara kerja yang sama dengan mesin pencari Google. Namun, penggunaannya lebih spesifik kepada bahan-bahan ilmiah.

Untuk mendapatkan hasil pencarian yang maksima, pengguna Google Scholar  harus menggunakan kata kunci yang lebih spesifik. Pengguna boleh mencari artikel pada search bar yang ada di halaman depan laman web. Hasil pencarian yang muncul di Google Scholar merupakan kombinasi daripada hasil yang paling relevan dengan kata kunci dan hasil yang paling banyak dicari oleh pelajar dan ahli akademik yang lain.

Jika hasil pencarian pengguna masih belum memuaskan, pengguna juga boleh mencari jurnal menggunakan "Advanced search" yang memberi hasil pencarian yang lebih spesifik.

Url untuk mengakses servis https://scholar.google.com.



Tangkap layar di atas menunjukkan hasil carian dalam Google Scholar bagi kata kunci "zulkifli al-bakri". Ia juga menunjukkan satu jalan pintas untuk mencari sesuatu kata kunci dengan hanya menaip url. Contohnya:

https://scholar.google.com./scholar?q=zulkifli+al-bakri

q=zulkifli+al-bakri bermaksud arahan untuk mencari kata kunci zulkifli al-bakri

Post a Comment

0 Comments